Pages

"Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam."



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:
•Jauh daripada segala penyakit
•Lahir kesan taqwa pada wajahnya
•Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
•Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
•Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
•Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
•Dipermudahkan hisab
•Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
•Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

mama pesan, buat solat sunat malam.nnt insyaallah suami kte sayang kte sorg je....tak cari laen dah..
insyaallah..
kaknah pesan, bace surah al-mulk setiap kali sebelum tido, insyaallah terhapus dosa2..

No comments:

Post a Comment